Fasa Terakhir Projek TambahBaik Website WaktuSolat.my

RM2,000 of RM2,000 raised

Setelah lebih kurang 4 tahun beroperasi, rasanya ini waktu terbaik untuk kami tambah baik struktur laman web waktusolat.my.

Setelah beberapa percubaan, kami mendapati artikel berkaitan solat, panduan/hukum dalam solat, infografik solat, doa-doa merupakan antara konten yang mendapat perhatian pelawat web ini.

Jadi, kami sudah menghubungi pembangun laman web untuk menambahbaik susun atur web supaya lebih banyak konten tersebut boleh dipaparkan terus di web ini.

Kemaskini Terkini

1. Zon solat & jadual solat 2024 telah dikemaskini sama seperti laman e-solat JAKIM. Boleh semak sekarang di waktusolat.my & maklumkan kami sekiranya ada kawasan yang tidak dimasukkan atau tersalah zon.

2. Laman Blog bagi memasukkan artikel berkaitan solat, panduan/hukum solat, infografik solat dan doa-doa sedang dibina dan akan terpapar di laman utama sedikit masa lagi.

Dengan jumlah pelawat hampir 30,000 setiap hari, kami hanya perlukan 200 orang yang sudi menyumbang RM10 bagi menyiapkan fasa terakhir projek tambah baik laman web ini!

Sumbangan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas anda dengan kebaikan.

RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00