Dana Bulan Disember 2023 – Januari 2024

RM12,010 of RM12,000 raised

Setelah lebih kurang 4 tahun beroperasi, rasanya ini waktu terbaik untuk kami tambah baik struktur laman web waktusolat.my.

Setelah beberapa percubaan, kami mendapati artikel berkaitan solat, panduan/hukum dalam solat, infografik solat, doa-doa merupakan antara konten yang mendapat perhatian pelawat web ini.

Jadi, kami sudah menghubungi pembangun laman web untuk menambahbaik susun atur web supaya lebih banyak konten tersebut boleh dipaparkan terus di web ini.

Dengan jumlah pelawat hampir 30,000 setiap hari, hanya perlukan baki 50 orang yang sudi menyumbang RM10 bagi mencapai sasaran projek tambah baik laman web ini!

Sumbangan juga digunakan untuk menampung kos operasi, pemasaran dan imbuhan sukarelawan.

Sumbangan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas anda dengan kebaikan.

Kemaskini Terkini

1. Zon solat & jadual solat 2024 telah dikemaskini sama seperti laman e-solat JAKIM. Boleh semak sekarang di waktusolat.my & maklumkan kami sekiranya ada kawasan yang tidak dimasukkan atau tersalah zon.

2. Laman artikel berkaitan solat sedang dibuat dan akan terpapar di laman utama sedikit masa lagi.

RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00